Kamu Klik, Sofea suka :B

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

PALLOBBY : Facebook Malaysia!!!

PALLOBBY


Nampak gayanya ada yang nak mengalahkan Mark Zuckerberg.  Patutpun mamat tu merajuk nak tutup Facebook.  Ngeh ngeh ngeh.


Aku kenal benda ni bila ada sorang member tu link kat aku.  Memang aku bingung.  Pastu aku buka, memang nak sama sebijik macam Facebook!  Terutama bila nak create akaun. (aku dah create akaun). Heheh...  Aku nak tengok apa ada kat dalam Pallobby ni.


Bila aku tengok...  Macam kerja budak Malaysia je...  Ke aku salah informasi???  Nanti aku google.  Sekarang aku malas.


Kalau betul la budak Malaysia yang buat Palloby ni, salute la jugak...  Cuma tak suka ciri-ciri and grafik lebih kurang macam Facebook.  Nanti bila Indonesian tengok benda ni, takut dikata Malaysian cuba nak ciplak Facebook pulak.  Peduli lah kata orang.  Orang sendiri maju, aku tumpang suka je...


Nak tengok dalamnya...?  Nah...  Aku bagi rupa akaun aku yang bengong...



Gambar aku cencored...  Cantik sangat.  Hahaha!
Btw, bila aku perhatikan...
memanglah ada perbezaan, agak detail sikit kot...
and complicated.
Maybe masih baru and aku belum explore, tu pasal aku masih bebal.

Aiseh...  Kunun try update status.
Hahaha!  Jakun a.k.a sakai betul.







Btw,
Aku tak tau motif orang cipta Pallobby ni.
Yang aku rasa sekarang ni...
Cukuplah Facebook yang telah terlalu merubah corak kehidupan manusia.


Nak tau lebih lanjut, aku link kat sini :
Pallobby





*kalau betul Facebook dah nak ditutup, bolehlah guna Pallobby ni sebagai pengganti.  har har har.
Tapi Facebook tetap yang paling gempak!


See ya!



Tuesday, January 11, 2011

Pesawat AirAsia Terbabas di Airport Kuching!

Sumber : myMetro




Pesawat AirAsia terbabas: Lapangan Terbang Kuching masih ditutup



KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.
Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu Bernama sebanyak 24 penerbangan
terjejas setakat 11 pagi ini.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada jam 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB. 
Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings. 
Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan
masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadian jam 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran
berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu
pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching,
katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di
sini. - Bernama


Gambar ni diambil daripada album rakan
di Facebook
yang turut berada di tempat kejadian semalam.

-MyMetro tak bagi gambar-



Ehem...


Time aku nak bercuti ni plak aku baca news yang  menakutkan aku.  Huhu...


This sem break and CNY holiday, aku bercuti ke Kuching.


Check flight ticket, rm200++  something macamtu lah.  Guna Twin Otter.


Jadi, aku decide nak naik bas.  Lagi selamat dan murah.


HAPPY HOLIDAY soon!





*huhuhu....  sebenarnya nak plan balik Lawas, and then Chinese New Year nanti balik kampung kat Beaufort Sabah, celebrate ngan famili kat sana.  Tapi bila check tiket, Maswing, memang tiket dah sold out.  Huhuh




See ya!