Kamu Klik, Sofea suka :B

Tuesday, November 9, 2010

PUTERA KUALA LAWAS

PUTERA KUALA LAWAS agak sinonim bagi warga kampung sekitar Kuala Lawas.  Namanya juga agak terkenal di sekitar daerah Lawas.

Putera Kuala Lawas atau singkatannya PKL merupakan sebuah nama pasukan yang aktif menyertai sukan air/regatta/lumba kayuh.


Ahli pasukan terdiri daripada anak jati Kuala Lawas ataupun orang yang telah menetap di kawasan Kuala Lawas.


Acara yang wajib disertai oleh pasukan PKL saban tahun adalah Regatta Pesta Lawas untuk merebut gelaran juara dan sudah pastinya merebut takhta sebagai Raja Sungai dan Regatta Limbang untuk merebut gelaran juara juga selain merebut takhta sebagai Raja Batang.


PKL telah banyak mencipta nama di pelbagai tempat baik dari regatta bertaraf kampungan mahupun antarabangsa.


Setakat ini, PKL telah menyertai dan mencipta nama pelbagai pertandingan regatta yang telah dianjurkan oleh golongan ternama di pelbagai tempat seperti di Kuching, Sipitang Sabah dan Brunei Darussalam.


PKL pernah berentap untuk merebut gelaran juara bersama pasukan dari Indonesia dan pasukan-pasukan tempatan yang sangat hebat!


Setakat ini, PKL telah mencipta banyak nama baik sekali gus mengangkat nama PKL ke peringkat antarabangsa kerana telah sering merebut kejuaraan di samping menjadi saingan hebat bagi semua pasukan!


Walaupun setakat ini regatta agak kurang menyerlah berbanding sukan-sukan lain di Malaysia mahupun di seluruh dunia, diharap PKL dapat meneruskan tradisi sering juara pada masa hadapan.


I Love you PKL!




Slogan kata :


Dari sukan kampung ke peringkat antarabangsa!


Apa rasanya...?  Oren?


1 PUTERA, 1 RASA, 1 IMPIAN!




Senarai nama perahu PKL :

  • Sg. Penyengat
  • Sg. Bedaun
  • Sg. Bun Bun
  • Panglong
  • Tagai
  • Dang Sari
  • Satria
Untuk carian group di Facebook, sila tekan link berikut :



Klik 'Join Group' untuk sertai.




See yah!