Kamu Klik, Sofea suka :B

Sunday, August 28, 2011

Aku kata - raya biar ala kadar. Tapi kenapa fulus manyak keluar?

Aku kata, raya tahun ni ala kadar je.  Alasan, takde bajet.  Ke nak save bajet sebenarnya?  Sungguh, memang ala kadar.


Tahun ni, tidak seperti raya sebelumnya.  Kalau sebelum-sebelum ni, baju kurung 4-5 pasang tu memang tak lari.  Kasut 3-4 pasang pun confirm dan memang kemestian.  Lain-lain, semua serba baru.  Kadang-kadang sampai terfikir, ni perayaan nak bertemu sanak saudara and bermaafan ke raya nak show off?  Nauzubillah, jauhkan aku daripada sifat riak.  Cuma itu yang terjadi kepada aku, tapi tanpa sifat riak.  Tak disengajakan OK.


OK.  Tahun ni pulak, baju kurung aku beli yang ready made cuma sepasang je.  Tapi mama cakap ada jugak baju kurung aku yang di hantar ke kedai tukang jahit dah siap kat rumah, tapi sepasang je lah.  Maksudnya, raya ni cuma ada 2 pasang baju kurung je.  Baju kurung yang aku beli tu colour ungu.  Purple.  And NO NEW SHOES!  Oh my Gucci! :')


Actually, tahun ni dalam sejarah kerana barang persiapan untuk raya memang ala kadar giler.  And paling bersejarah lagi bila my mama langsung tak beri duit belanja raya!  Oh my Gucci lagi! :')  Yelah, belum bekerja tapi duit raya tak diberi.  Huhuh!  Nasib time raya ni aku ada duit sendiri...  Maksudnya, ada rezeki lainlah.  Alhamdulillah.  Takpe lah, maybe mama sendiri out of budget.  Huhuhu.


Tapi kan...


Boleh ke cakap ala kadar kalau harga baju kurung tu aku beli dengan harga rm179.90...  And lepas tu, aku ada pegi shopping sikit... beli Levi's.  Harga rm254.00.  Pastu aku gi salon lagi, buang rm258.00.  Pastu aku gi beli baju kat F.O.S (bukan untuk raya) bernilai rm168.90.  Pastu aku pergi beli lagi baju POLO, and lain-lain lagi.  Taknak detail giler, bukan nak show off.  Cuma nak beri gambaran.  Huhuhu.


Kalau aku buang duit macam tu je, mengalir laju keluar macam air bila lah agaknye aku nak beli Nikon Lens 50 mm 1.8.  Hari tu aku tengok kat Kedai Fotomat Centre Point, harga rm800 lebih something nak dekat rm900 jugak lah.  Selalu sangat buang duit, asal ade duit je memang tak lama kat tangan :(


ps :  lepas ni aku nak buat penjimatan terhebat dalam hidup.  Bekukan segala aset yang ada.  Duit untuk makan je!  Ye!  Mesti!  (boleh ke???)  I'll try!  --'



Wednesday, March 2, 2011

Sad Love Story

Stori ni aku dapat dari kawan BBM yang selalu 'broadcast' macam-macam kat aku.


10 malam :-
Boy berada di cyber cafe, girl berada di sesuatu tempat.


Girl :  Sayang, jom kita keluar.  I rindu you. - via sms
Boy :  OK.  I selesaikan game ni dulu ye. - via sms
Girl :  You lebih pentingkan game dibanding I? - via sms
Boy :  Tak payah risau.  Jap lagi I datang, OK. - via sms
Girl :  OK.  I tunggu you. - via sms


Masa semakin berlalu, seorang demi seorang member Boy datang dan mereka terlalu menikmati permainannya sehingga lupa waktu.


Boy buka handphone dan ada 4 sms dan 10 missed calls.  Dia terus matikan handphone seolah-olah habis bateri.


1 pagi :-
Boy balik ke rumah dan melihat adiknya kelihatan risau di luar rumah.


Adik :  Tadi ada seseorang call, girlfriend abang kena ragut then kena tembak oleh peragut kerana cuba melawan!
Boy :  Jangan main-main adik!


Boy on semula handpone dan melihat semula sms yang dikirim oleh girl.


Girl :  Sayang, you kat mana? - via sms (11 malam)
Girl :  Sayang, kenapa off handphone? - via sms (11.30 malam)
Girl :  Sayang, ada sekumpulan lelaki mengikuti I.  I takut.  You kat mana? :'( - via sms (11.45 malam)
Girl :  Happy Anniversary sayang.  I cintakan you.  I hanya nak ucapkan kat you secara langsung, tapi sepertinya I tak dapat nak cakap tu depan you malam ni.  Tak apa, selamat malam sayang. - via sms (12 malam)


*****************************************************************


Guys, kita tak tau bila kita akan kehilangan orang tersayang dan kita cintai.


Tunjukkanlah kasih sayang kita selagi ada waktu dan seberapa besar cinta kita kepada orang tersayang kerana mungkin apa yang kita katakan pada hari ini, detik atau saat ini kepada orang yang tersayang tentang perasaan cinta kita mungkin adalah yang terakhir kali kita mengungkapkan perasaan tersebut untuknya.


Yang pergi tetap akan pergi, tak mungkin akan kembali seperti waktu yang tak akan pernah berhenti apatah lagi berundur walau sesaat.  :)

Thursday, January 20, 2011

I Love What I see




Photoshoot Bersama Akmal Mustafa

Halo, entri kali ini aku ingin menampilkan seorang lagi teman yang menjadi mangsa menjadi model paksa.  Har har har!


Outing di mana?  Haa...  Sebenarnya tak outing pun.  Hee...  Gambar ni diambil time kat dalam kelas Speed Typing/Boarding Skill and time balik kelas.  So tengok-tengok la.  Just for fun!









Wednesday, January 19, 2011

Kempen Mari Mengundi Roshidah ak Saging!

Gadis bernama Roshidah ak Saging ini merupakan satu-satunya dari jabatan Perdagangan yang turut serta bertanding untuk memenangi pilihan raya kampus Politeknik Mukah musim ini daripada 13 calon yang lain supaya dapat menyandang jawatan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

Berkarisma
Mengapa perlu mengundi beliau?  Adakah wajar dan berbaloi mengundi beliau?

YA, kita perlu mengundi beliau dengan wajar dan rasa berbaloi!  Hal ini demikian kerana beliau merupakan seorang yang sangat prihatin terhadap kebajikan pelajar Politeknik Mukah, komited terhadap tanggungjawab, sanggup menyuarakan suara pelajar di tempat yang sepatutnya, profesional dalam setiap tindakan, berketerampilan sebagai seorang pemimpin dan banyak lagi sebab-sebab lain yang melayakkan beliau untuk layak diundi.

Sebagai pelajar yang kadang-kadang ingin bersuara tentang sesuatu perkara tetapi tidak dihiraukan, inilah masanya untuk kita mengambil kesempatan supaya suara dan keinginan kita diketahui dan didengari semua orang!

Bagaimana?

Melalui bantuan kita semua sebagai pelajar yang bertauliah memilih pemimpin pelajar yang tepat dan betul!

Jika kita mengundi beliau dan beliau memenangi pilihan raya kampus untuk musim ini, kita sebagai pelajar akan mendapat banyak keuntungan seperti kebajikan kita terjaga, hak pelajar diperoleh, kerjasama yang lebih mudah dan lain-lain lagi.

Ini bukan sekadar pilihan raya kampus, bukan sekadar 'pangkah' dan masukkan dalam tabung undi!  Tapi ini untuk nasib kita sebagai pelajar yang kadangkala pernah kita rungutkan tentang sesuatu hal sebelum ini!

Jadi, apa lagi???  Dengan prinsip beliau "Life is a duty, complete it!", beliau dengan sepenuh hati rela menggalas tanggungjawab yang akan diberikan sekiranya memenangi pilihan raya yang hampir menjelang tiba!

Bak kata ahli falsafah, "Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia!"  Jangan kerana beliau seorang wanita, kemampuan beliau terbatas.  Tidak sama sekali.  Renung-renungkan.

Di sini, dilampirkan serba-sedikit tentang diri beliau:

Asal :  Bintulu, Sarawak
Umur :  19 tahun
Bangsa :  Iban
Agama :  Kristian
Institusi :  Politeknik Mukah Sarawak
Kursus :  Diploma Sains Kesetiausahaan
Pointer/PNM sem 1 :  3.56  HPNM :  3.56 / sem 2 :  3.74 HPNM :  3.64
Hobi :  Menari, menyanyi dan melayari internet.
Cita-cita :  Pegawai Kaunseling


Personaliti yang meyakinkan

Antara penyokong beliau.

Oleh itu, tunaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar dengan mengundi calon yang betul-betul layak untuk kebaikan bersama.

Good luck Roshidah!  We support you!

(^___^)

Next Girls : Hilda and Mira

Tanpa ayat pembuka kata yang very flower-flower, jom tanya kat aku siapa Hilda and Mira ni??


Hihi...


Seperti biasa la, gadis yg cantik di mataku, memang akan jadi mangsa seperti mereka yang lainnya. =D


Hilda merupakan senior DSK dan Mira merupakan junior DPM.


So, wait for this weekend~!


I'll try ambik gambar yang super duper chanteq walaupun slr ku ni setakat slr je.  Paham tak??  Paham tak??  (=_=)  kalau tak faham, tak payah.


ORait...  See yah!


*gatal nak ber'entri.  LoL

Monday, January 17, 2011

Photoshoot Bersama Faweez dan Zira : Love and Sweet Moments


















All you need is love.
John Lennon & Paul McCartney

All, everything that I understand, I understand only because I love.
Leo Tolstoy

And now here is my secret, a very simple secret; it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye.
Antoine de Saint-Exupery




(gimik semata-mata)





Photoshoot bersama Zira Polkadot II










Zira Polkadot again...! ^^

You're Beautiful

Lokasi : Kingwood Resort









Photoshoot Bersama Nora Ismail II










Nora Ismail again...! ^^

Lokasi : Kingwood Resort