Kamu Klik, Sofea suka :B

Monday, January 10, 2011

Pelajar Politeknik Maut di Tempat L.I

Teringat balik kisah belum lama ni, seorang pelajar Politeknik Kuching Sarawak meninggal dunia semasa menjalankan Latihan Industri dan seorang lagi cedera parah.


Kononnya, masa tu baru dua minggu L.I...  Maksudnya, pada 14 December yang lepas.


Read this :


SAMARAHAN 14 Dis. - Seorang pelatih Politeknik Kuching maut manakala seorang lagi cedera parah setelah tersepit di dalam mesin pemisah tandan kelapa sawit milik Felcra dalam satu kejadian yang berlaku di kilang pemprosesan kelapa sawit di Kampung Endap di sini pagi ini.

Kemalangan berlaku ketika dua pelatih yang mengambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal sedang memperbaiki mesin berkenaan sebelum secara tiba-tiba mesin berkenaan digerakkan oleh pekerja lain yang tidak menyedari akan kehadiran kedua mereka di situ.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Mohd. Norizwan Hossen, 19, dari Kampung Muara Tuang meninggal dunia di tempat kejadian setelah terperangkap di dalam mesin berkenaan dari paras pinggang ke bawah kira-kira satu jam.

Manakala rakannya, Aldrif Fazrul, 19, yang berasal dari Miri kini masih dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, kejadian membabitkan dua pelatih Politeknik yang baru memulakan pembelajaran mereka selama kira-kira dua minggu.

Katanya, kejadian berlaku ketika mereka sedang memperbaiki mesin berkenaan namun kehadiran mereka di situ tidak di sedari oleh pekerja lain yang kemudiannya menghidupkan mesin berkenaan secara tidak sengaja

``Mereka yang berada di situ kemudiannya ditarik mesin berkenaan lalu tersepit daripada paras pinggang ke bawah di dalam mesin tersebut sebelum pekerja terdengar jeritan mereka lalu menghentikan mesin berkenaan,'' katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya masih menyiasat lanjut dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Beliau menambah, jenazah Mohd. Norizwan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Muara Tuang kira-kira pukul 4 petang ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di kilang berkenaan mendapati, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengarahkan kilang berkenaan ditutup berkuat kuasa serta merta sehingga arahan seterusnya.

Difahamkan, terdapat tujuh pelatih lain yang menjalani latihan di kilang tersebut.







sumber :  Rony San (Facebooker and PMU student)








Mangsa tu member kepada member aku jugak sebenarnya.  Walaupun tak kenal, tapi aku turut merasa simpati dan berdukacita ngan berita ni.


Ya Allah,
semoga semua sahabatku yang sedang menjalani L.I berada dalam keadaan yang selamat dan baik.


Takziah.




*masih ingat kata-kata seorang ustaz, "ajal itu tidak akan awal atau lewat walau sesaat pun.  Ajal itu tidak mengira usia.  Bekalkanlah diri dengan amal soleh sebelum pergi."


Rumah di alam kubur.
Diciptakan daripada tanah, kembali ke tanah jua.

:(





No comments: