Kamu Klik, Sofea suka :B

Tuesday, January 11, 2011

Pesawat AirAsia Terbabas di Airport Kuching!

Sumber : myMetro




Pesawat AirAsia terbabas: Lapangan Terbang Kuching masih ditutup



KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.
Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitahu Bernama sebanyak 24 penerbangan
terjejas setakat 11 pagi ini.

Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada jam 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur, kata MAB. 
Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings. 
Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan
masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

MAB berkata dalam kejadian jam 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran
berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu
pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching,
katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di
sini. - Bernama


Gambar ni diambil daripada album rakan
di Facebook
yang turut berada di tempat kejadian semalam.

-MyMetro tak bagi gambar-



Ehem...


Time aku nak bercuti ni plak aku baca news yang  menakutkan aku.  Huhu...


This sem break and CNY holiday, aku bercuti ke Kuching.


Check flight ticket, rm200++  something macamtu lah.  Guna Twin Otter.


Jadi, aku decide nak naik bas.  Lagi selamat dan murah.


HAPPY HOLIDAY soon!





*huhuhu....  sebenarnya nak plan balik Lawas, and then Chinese New Year nanti balik kampung kat Beaufort Sabah, celebrate ngan famili kat sana.  Tapi bila check tiket, Maswing, memang tiket dah sold out.  Huhuh




See ya!

No comments: