Kamu Klik, Sofea suka :B

Sunday, December 19, 2010

Give Me Some Sunshine - 3 Idiots

Give Me Some Sunshine

Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do

Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do

Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do

Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again


Kandhon ko kitabon
Ke bojh ne jhukaya
Rishvat dena to khud
Papa ne sikhaya
99% marks laaoge to ghadi, varna chhadi

Likh likh kar pada hatheli par
Alpha, beta, gamma ka chaala
Concentrated H2SO4 ne poora
Poora bachpan jalaa daala

Bachpan to gaya
Jawani bhi gayi
Ek pal to ab humein
Jeene do jeene do

Bachpan to gaya
Jawani bhi gayi
Ek pal to ab humein
Jeene do jeene do

Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do

Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again


Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….
Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….



Amir Khan cute dalam ni ^^ I loyke!!!

Saturday, December 18, 2010

Fevret Blog Aku Bukan Fevret Blog Ko

Sejak akhir-akhir ni, aku addicted gila tapi tak mental ngan blog.


Aku suka menghendap blog orang.  Kui kui kui... 


Menghendap blog tak berdosa seperti menghendap orang mandi dan yang sewaktu dengannya ok!


Tapi sadisnya blog aku sendiri jarang pulak nak update!  Apa cerr???  But am I care???  Muahahah!


Blog pertama yang memikat hati aku : sayafaiz.blogspot.com.


memang sempoi, memang gila, memang 'menggeletek' hatiku yang 'penggeli' ini.  Toinkk!


Kenapa aku buat entry ni kali ni...?


Motif???


Sebab...

















Aku bosan jew...  (=_=)


Huaggrrhhh...  sambung tidur balik, dapat mimpi kering pergi Venice Italy, dinner kat sana ngan suami tercintaku Maher Zain!


Oh Maher Zain sayang, I love you.  Muahaaha






See yah!

Friday, December 17, 2010

My Sweet Roommate

Before ni aku takut nak ada partner bilik kat hostel.


Why?


Sebab aku nak duduk lam bilik sorang-sorang, privacy aku terjaga, tak perlu nak jaga hati siapa-siapa, and paling penting...  umpama dunia ini aku yang punya.


Masuk sem baru, daftar asrama a.k.a kamsis politeknik.
Ingatkan nak bilik sorang lagi macam sem dulu, lupa plak nak gitau kat kawan yg handle bahagian kemasukan kamsis supaya jangan benarkan orang lain register masuk bilikku.
Macam politeknik ni bapak aku yang punya daaa....


1st day time aku relax pas kemas barang, tiba-tiba pintu bilik dibuka...
'alamak, ada partner la aku ni...  Huhu' dalam hati cakap mcmtu, bukan luar hati.


Pastu buat relax la...  Walaupun perasaan time tu agak hampa jugak.  Maklumlah, taknak ada roommate kan.


But now...  Seriously...
I love my roommate!


WHAT???  WHY???


sebab :

  • Aku suka dia!  Bukan suka tahap nak jadi lesbian ok!
  • Dia baik sangat.
  • Dia bagi aku Cloud 9.  Fuh...  Sharing is caring.  Kahkah!
  • Dia jadi alarm clock.
  • Dia sumber movie.
  • Susah nak tengok dia marah...
  • Berkarakter...  Cute, manja, cantik...  Perfect la.
Banyak lagi sebab-sebab yang tak dapat aku huraikan.


Apa-apapun, Thanks Allah s.w.t kerana bagi aku roommate yang baik.


Walaupun terdapat perbezaan agama dan bangsa, tapi masih serasi.


Itu yang aku suka!


1Malaysia!


(^___^)V




P/S :


Nama dia Donna Uring Jok.
Berasal dari Miri Sarawak.
Ambil course diploma Perniagaan.


K, see ya!

Tuesday, December 14, 2010

Isabella Minta Puji

Kesabaranku tatkala petang menjelma memang agak tercabar.


Tik tok tik tok!  Tengok jam pukul 5 pm...  Jeng jeng jeng!  It's show time!  (Dari bilik mandi...)


"Isabella adalah.....! Bla bla bla!"  dengan suara yang bergegar, konon nak ambil mod suara Amy Search yang tinggi la kot.  Damn!


Seriously, suara dia...  MasyaAllah...  Hmmm...  Perlukah aku didengarkan suara sedemikian rupa???  Perlu kaaaaaa???


Cettt!


Asal petang je, akan ada minah blok 2 kamsis perempuan Politeknik Mukah ni akan menyanyi lagu Isabella sekuat-kuat hati sampai la Maghrib time.  Baru reti nak berhenti kot??


Lagu2 pilihan lain ==>>> Fantasia Bulan Madu n satu lagi lagu Meet Uncle Hussein, aku dah lupa tajuknya.  Minah tu akan ulang, ulang dan ulang sampailah Maghrib!  Takde lagu lain.  Memang tu je lah.  


Agak menjadi tanda-tanya lam benak fikiranku yang sentiasa nak kelogikan hal tersebut.


Minah tu rasa apa bila dia dok melalak kat bilik mandi tu???


Mesti minah tu rasa, 'biar semua penghuni kat blok ni dengar suara aku yang power ni!  Nanti kalau aku keluar dari bilik mandi, mesti aku dipandang dan dipuji macam artis!'
: Kalau aku tinggal searas ngan minah tu, aku kunci minah tu dari luar bilik mandi, rasakan dia menjerit 'berlagu' minta tolong.  Tak pun, sembunyikan towel minah tu.  Eee...  Geram!


Apa motif minah tu dalam bilik mandi sambil melalak macamtu sekali aku tak tau la.  Kot-kot nak sesuaikan lagu tu dengan tarian tiger show kot???  'bilik mandi' kannnn....


Mungkinkah dia rasa......


Rasa artis :  Ohh...  Suara cam katak! Eh, badak!  Eh, salah.  LEMAK MERDU disukai ramai!  Sungguh aku TIPU!


Suara lantang :  Boleh jatuhkan saham Amy Search!!!  (Aku TIPU lagi sekali!).


Orang puji :  Bila orang dengar, orang akan suka...  dan antara puji2annya ialah "suara mengalahkan Siti Nurhaliza time berak, kalau bernyanyi macam hanjeng menyalak! dan puji2an lain yang sangat merangsang.


Minta dia nyanyi :  What the F!








P/s :
Pendapat peribadiku yang tak peribadi sangatlah kan, Amy Search nyanyi pun aku TAK SUKA SANGAT DENGAR.





Isabella...  Rawk!  Rawk!


Sunday, December 12, 2010

Gotong-royong di Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin


Gambar-gambar ni aku curi dari facebook group untuk MASJID DATUK PENGIRAN HAJI MATUSIN.

Har har har harrrr!!!  (Evil laugh)  entah sape la tuan group tu.

Minta maaf je lah yer!

Sebenarnya, motif aku saja nak show off tentang kampung aku tercinta ni...

Orang-orang kampung yang sering bekerjasama dalam melakukan segala hal.

Korang ade???  Takde kan???

Kalau ada, diam-diam je.

Jangan panas bontot.



Ni penduduk yang sedang berusaha mengangkat beduk.
Beduk ni baru dibuat sebenarnya, and baru siap sekitar bulan November 2010.
Beduk ni sangat berat.
Kalah berat aku tauu....

Ni Pak Imam kampung kitorang, Tuan Haji Madon.
Masih tough biarpun dah berusia. 
Wiwitttt!



Ni kubah masjid.
Tapi bukan kubah masjid betul.
Kubah ni nak diletak kat gerbang jalan....
Hanya untuk sementara waktu je.

Kaum wanita tak ketinggalan. 
Ada tengok aku tak dalam gambar ni???
Cuba cari.
Ngeh ngeh ngeh...


See!  Dah senja hari pun warga kampung masih bergotong-royong!
Korang ade???  Takde kan???
Hehe...  Joke.






Btw,
gambar ini diambil di perkarangan masjid Datuk Pengiran Haji Matusin
di kampung tercintaku,
Kampung Dato' Kuala Lawas Sarawak, Malaysia.


Semoga hubungan erat warga kampung berkekalan dan dirahmati oleh Allah s.w.t.  Amin










P/S :  Aku takde pun dalam gambar tu...  Hahah!
Tapi aku terlibat sama dalam menjayakan gotong-royong terbabit!
Sila puji aku...




Saturday, December 11, 2010

Ku Ukir Indah Namamu - 7 Pelangi


If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you
Entah kemana
Akanku cari
Rasa cinta yang
Pernah ku miliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang
Memisahkan kita
Namun semua
Telah berakhir
Untukku
Harus ku akui
Sampai detik ini
tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Yang ku ukir indah
If I let you go
Something I belong
Forever will be gone
The love is never shine
Is so hard to say since you far away
Nothing gonna do
The love is only you
To the end of time
I’ll be missing you
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Harus ku akui
Sampai detik ini
Tak akanku lupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu
Abadi untukmu
Kan ku ukir indah namamu

Thursday, December 9, 2010

PETUA MENGEMPISKAN PERUT

Di usia muda sudah berperut buncit?  Arrgghhhh!  Tidakkk....!  jangan biarkan hal ini membelenggu diri kita sehingga keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang ramai dirampas oleh masalah ini!


Aku faham, ramai di kalangan muda-mudi masih tidak dapat mendapatkan produk atau perkhidmatan melangsingkan badan yang mahal atas sebab faktor kewangan apa lagi jika masih bergelar pelajar atau tidak bekerja!  Aku turut merasakannya....  Sob sob!


Oleh itu, aku ada petua yang turut diamalkan oleh aku sendiri dan kesannya juga agak bagus jika berdisiplin. :D


Petua ini mulanya aku google kat internet, cari di blog orang, hahah!  Tapi, kerana cukup menarik untuk aku kongsikan, aku isikan petua ini diblog sendiri.


PETUA APA???  MANA???


Ni dia...  amalkan!




  • Minum jus limau nipis/kasturi setiap hari.  Atau;
  • Minum air ramasan asam jawa yang disejukkan setiap hari.  Atau;
  • Minum teh tanpa gula + limau nipis/kasturi setiap hari.  Atau;
  • Minum teh tanpa gula + halia setiap hari.  Atau;
  • Minum teh hijau setiap hari!  Dan....
  • Exercise la....  Sit up, jogging, berjalan-jalan, turun naik tangga, etc.
Amalkan setiap hari, sehingga nampak kesannya.  Mudah kan? ^^
Tapi pastikan berdisiplin.

But!  Make sure :
Less sugar, less fast/junk foods, dan lain-lain yang membolehkan pembetukan lemak-lemak yang tidak diingini berlaku!

Good luck!





see yah!!! ;P

MASJID DATUK PENGIRAN HAJI MATUSIN

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِالرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات



Hai hai hai, nak kopi ke milo??  Haa.... Tapi kopi ke, milo ke, mahupun nescafe takde.  Nak minum, bancuh sendiri okeh!  :D


By the way, kenal Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin tak?
Kalau kenal, angkat tangan kanan...  Tapi takde yang tengok la.  Hehe


Apa-apapun, meh sini aku stori sikit tentang MDPHM ni.


Bagi masyarakat Kuala Lawas Sarawak khususnya masyarakat di Kampung Dato sudah semestinya mengenali masjid ini.  Untuk 'facebooker' yang ingin mengenali masjid di laman Facebook, boleh lawat laman tersebut melalui link ini.


Pertama sekali,
Siapakah Datuk Pengiran Haji Matusin?
Mengapa masjid ini kelihatan sangat penting?
Kenapa masjid ini ingin diperkenalkan lebih meluas lagi? 


Sini jawapannya...
Datuk Pengiran Haji Matusin merupakan seorang Pembesar yang bertanggungjawab mengurus tadbir kawasan Kuala Lawas bagi pihak kerajaan Brunei pada suatu ketika dahulu.


Menurut Datuk Amar haji Awang Tengah (seorang pemimpin rakyat yang merupakan anak jati Kuala Lawas) semasa beliau membuat ucapan di majlis perasmian Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin beserta laman Facebook MDPHM dan Karnival Nasyid dan Hadrah Seborneo pada malam 28 November 2010, Datuk Pengiran haji Matusin bukan sahaja sekadar mentadbir kawasan Kuala Lawas, malah pentadbiran beliau sangat meluas melepasi kawasan Kuala Lawas.  Contohnya, seperti di Jalan Datuk Taie dan Luagan, kawasan tersebut juga dikhabarkan pernah berada di bawah pentadbiran beliau.


Selain daripada tugas beliau sebagai seorang Pembesar kerajaan Brunei, beliau merupakan di antara pelopor pembangunan Islam di Kuala Lawas.  Sebagai bukti jasa beliau terhadap pembangunan Islam di Kuala Lawas, beliau telah mewakafkan tanah untuk membangunkan rumah ibadat orang Islam iaitu masjid supaya memudahkan penyebaran dan pengongsian ilmu Islam di Kuala Lawas pada waktu pemerintahan beliau.  Masjid tersebut berhadapan dengan sungai Kuala Lawas.


Dahulunya, masjid ini hanya dikenali sebagai Masjid Kampung Dato' Kuala Lawas.  Tetapi, kerana ingin memberikan masjid ini nafas baru dan menjenamakannya semula,  pihak pengurusan dan ahli jawatan kuasa masjid telah sebulat suara untuk menamakan masjid ini sebagai Masjid Kampung Datuk Pengiran Haji Matusin demi memperingati jasa dan pengorbanan beliau baik dari segi keagamaan mahupun dari segi lain.


Selain itu, warga tua kampung juga ingin mengekalkan nama Datuk Pengiran Haji Matusin supaya sentiasa diingati dan orang lain atau luar dapat mengenali Datuk Pengiran haji Matusin.


Masjid Datuk Pengiran haji Matusin dua tingkat yang tegap dan utuh ini sebenarnya merupakan masjid yang keempat dibina atas tanah wakaf yang sama.


Menurut cerita Datuk Amar yang turut mendengar cerita daripada ayahanda beliau iaitu allahyarham Ali Hassan, masjid pertama yang dibina hanya beratap dan berdindingkan daun.  Tetapi seiring peredaran zaman, dari atap dan dinding daun bertukar kepada beratap dan berdindingkan kayuan belian, dan kemudian ditukar lagi kepada atap 'zing', dan seterusnya sentiasa menerima perubahan demi perubahan imej masjid sehinggalah terdirinya masjid keempat yang dibina daripada bahan konkrit.  Hal ini amat membanggakan kerana Kuala Lawas kini majoriti didiami hampir seratus peratus masyarakat Melayu Brunei yang beragama Islam berkat jasa Datuk Pengiran Haji Matusin yang dahulunya berusaha untuk membangunkan dan meluaskan Islam.


Jika kita ingin melihat peninggalan lain Datuk Pengiran Haji Matusin, di Kampung Dato Kuala Lawas kita masih boleh melihat rumah beliau masih tegap dan kukuh berdiri berhampiran sebelah kiri masjid.  Rumah itu dahulunya digelar sebagai 'rumah besar' kerana pada waktu itu, rumah tersebut sangat mewah bagi penduduk kampung, tiangnya dibina menggunakan konkrit sedangkan waktu itu penggunaan konkrit adalah tidak pernah dan diketahui sama sekali oleh masyarakat Kuala Lawas.  Sekarang, rumah tersebut di bawah pembaikpulihan untuk dijadikan rumah warisan supaya dapat menjadi tugu atau sejarah yang boleh menjadi bukti kewujudan Datuk Pengiran haji Matusin selain sebab-sebab lain yang kerajaan negeri dan pihak-pihak terlibat ingin pertahankan.


Kini, seiring peredaran zaman yang semakin pesat dan membangun, saya sebagai wakil anak muda di kampung telah membuat laman Facebook khas untuk MDPHM.
Perkara ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat Kuala Lawas boleh mengikuti sebarang informasi dan aktiviti-aktiviti semasa MDPHM.  Selain itu, saya dan segelintir orang yang terlibat dalam pengujudan laman ini ingin menaikkan dan memperkenalkan MDPHM ke persada global supaya orang ramai boleh mengenali MDPHM dan sejarah di sebaliknya.  Di samping itu, motif kami adalah ingin menarik minat warga muda kampung untuk lebih bergiat aktif dalam bidang keagamaan supaya kecenderungan pemuda Islam di Kuala Lawas khususnya di Kampung Dato lebih lebih positif dan beraktiviti sihat di samping masa yang terluang boleh diisi dengan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat.


Dalam laman Facebook MDPHM, kami telah melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk semua seperti berkongsi ilmu-ilmu agama, informasi semasa, dan pertandingan rekacipta logo MDPHM yang telah dimenangi oleh seorang lelaki bernama Saiful Irwan Sarkawi, seorang pensyarah di Politeknik Kuching dengan bertemakan 'MENJANA KEMAJUAN UMMAH'.  Beliau telah memenangi wang tunai sebanyak RM300 dan hadiah lain.








Logo ini menurut pencipta, mengandungi maksud dan simbolik tersendiri iaitu :


Kuning: Keistimewaan Islam yang paling unggul
Putih: Kesucian hati dan Keikhlasan dalam diri setiap insan/ummah
Perang: Kejayaan dan Kemenangan yang gemilang dikecapi

Bulan: Sinar Islam yang bersinar
Bulat: Syumul/menyeluruh segenap perkara
Kubah Masjid: Lambang MDPHM
Khat: Keindahan Islam yang menjadi kebanggaan dalam kejayaan


Pertandingan ini amat mendapat sambutan menggalakkan.  Tempat kedua telah dimenangi oleh Khalid Husseini, seorang pensyarah di Politeknik Kuching juga manakala tempat ketiga dimenangi oleh Haji Zan, seorang guru di salah sebuah sekolah rendah di Limbang.  Selain itu, peserta lain yang telah mendapat saguhati ialah Shadinee Serajudin yang berasal daripada Brunei Darussalam, Ani Aleeza yang merupakan seorang pelajar Politeknik dalam bidang Diploma Perniagaan dan berasal dari Kuala Lawas, dan seorang lagi bernama Saudah Ahmad yang juga berasal dari Kuala Lawas tetapi kini menetap di Kuching kerana bekerja.


Dalam pertandingan ini, Khalid Husseini paling menonjol kerana logo-logo ciptaan beliau dua daripadanya telah mendapat saguhati dan satu mendapat tempat kedua manakala Haji Zan pula mendapat satu saguhati dan satu lagi tempat ketiga.

Pada 27 - 28 November 2010, buat julung kali telah diadakan majlis penyempurnaan perasmian MDPHM beserta laman Facebook di samping diadakan Karnival Nasyid dan Hadrah seborneo yang mendapat sambutan hangat orang ramai.  Ramai pihak yang telah mengikuti pertandingan hadrah dan nasyid, di antaranya dari Brunei Darussalam, kawasan-kawasan sekitar Lawas seperti Kuala Lawas sendiri, Punang dan Sundar, Limbang, Sindumin, Sipitang dan Papar Sabah.
Pemenang nasyid adalah dari Sipitang manakala tempat kedua dirangkul oleh Brunei Darussalam dan tempat ketiga dimiliki oleh Papar.
Hadrah pula dimenangi oleh Punang Lawas, tempat kedua dimiliki oleh Limbang dan ketiga dimiliki oleh Pemukat Kuala Lawas.

Orang kuat di sebalik MDPHM ini ialah :

YB. Datuk Amar Haji Awang Tengah yang secara langsung dan tidak langsung banyak turut membantu dan menyumbang dalam segala aktiviti dan keperluan masjid.

Encik Damit Razalee bin Ali Hassan, pengerusi masjid yang sanggup berkorban masa dan duit demi masjid dan Islam tercinta di kampung.

Dan ahli-ahli jawatankuasa semasa seperti yang berikut :

PENAUNG
Penghulu Ali Hassan bin Durahman

PENASIHAT
Tk. Abdul Rahman bin Ajak
Tk. Matsalleh bin Samad
Tk. Durahman bin Baha

PENGERUSI
Awang Damit @ Razalee bin Ali Hassan

TIMBALAN PENGERUSI
Adenan bin Matserudin

SETIAUSAHA
Edris bin Kassim

TIMBALAN SETIAUSAHA
Haji Abdul Kadir bin Hj Bayan

BENDAHARI
Abdul Rahman bin Kassim

TIMBALAN BENDAHARI
Mansor bin Jukin

BIRO KEBAJIKAN
i. Abas bin Kassim
ii. Mail bin Basar

BIRO PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN AGAMA
i. Jamuri bin Ramli
ii. Lamit bin Samad

BIRO KECERIAAN DAN KEBERSIHAN
i. Alijin bin Jaludin
ii. Mail bin Tajudin

BIRO BELIA DAN SUKAN
i. Dahlan bin Aman
ii. Yunus bin Tengah

BIRO HAL EHWAL WANITA
i. Hjh Dyg Damit Bte Tengah
ii. Noraidah bte Abdul Rahman
ii. Halimah bte Badaruddin

JURUAUDIT
i. Rosli bin Mohammad



Selain itu,
admin-admin yang terlibat dalam pengurusan MDPHM di laman Facebook iaitu encik Mohd Hassan bin haji Liakbar, encik Suhailmie bin Sulaiman, encik Damit Razalee bin Ali Hassan, cik Diana binti Edris, dan saya sendiri.


Harapan kami sebagai masyarakat yang menyanjung jasa baik Datuk Pengiran Haji Matusin, kami berharap ada pihak yang ingin membukukan sejarah-sejarah mengenai beliau supaya beliau akan lebih dikenang sebagai seseorang yang selalu mencatat sejarah sepanjang tempoh pemerintahan dan hidup beliau.






:D




Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah s.w.t dan sentiasa dilimpahi rahmat, nikmat dan hidayah.


Jadikanlah Islam sebagai jalan kehidupan, nescaya selamatlah dunia dan akhirat.


P/S :
Kepada sesiapa yang mempunyai informasi tentang biodata Datuk Pengiran Haji Matusin lebih lengkap, sila maklumkan kepada saya untuk dikongsi bersama.














See yah! ;P

Tuesday, November 9, 2010

PUTERA KUALA LAWAS

PUTERA KUALA LAWAS agak sinonim bagi warga kampung sekitar Kuala Lawas.  Namanya juga agak terkenal di sekitar daerah Lawas.

Putera Kuala Lawas atau singkatannya PKL merupakan sebuah nama pasukan yang aktif menyertai sukan air/regatta/lumba kayuh.


Ahli pasukan terdiri daripada anak jati Kuala Lawas ataupun orang yang telah menetap di kawasan Kuala Lawas.


Acara yang wajib disertai oleh pasukan PKL saban tahun adalah Regatta Pesta Lawas untuk merebut gelaran juara dan sudah pastinya merebut takhta sebagai Raja Sungai dan Regatta Limbang untuk merebut gelaran juara juga selain merebut takhta sebagai Raja Batang.


PKL telah banyak mencipta nama di pelbagai tempat baik dari regatta bertaraf kampungan mahupun antarabangsa.


Setakat ini, PKL telah menyertai dan mencipta nama pelbagai pertandingan regatta yang telah dianjurkan oleh golongan ternama di pelbagai tempat seperti di Kuching, Sipitang Sabah dan Brunei Darussalam.


PKL pernah berentap untuk merebut gelaran juara bersama pasukan dari Indonesia dan pasukan-pasukan tempatan yang sangat hebat!


Setakat ini, PKL telah mencipta banyak nama baik sekali gus mengangkat nama PKL ke peringkat antarabangsa kerana telah sering merebut kejuaraan di samping menjadi saingan hebat bagi semua pasukan!


Walaupun setakat ini regatta agak kurang menyerlah berbanding sukan-sukan lain di Malaysia mahupun di seluruh dunia, diharap PKL dapat meneruskan tradisi sering juara pada masa hadapan.


I Love you PKL!




Slogan kata :


Dari sukan kampung ke peringkat antarabangsa!


Apa rasanya...?  Oren?


1 PUTERA, 1 RASA, 1 IMPIAN!




Senarai nama perahu PKL :

  • Sg. Penyengat
  • Sg. Bedaun
  • Sg. Bun Bun
  • Panglong
  • Tagai
  • Dang Sari
  • Satria
Untuk carian group di Facebook, sila tekan link berikut :



Klik 'Join Group' untuk sertai.




See yah!



InshaAllah ~ Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone

All you see is night
And darkness all around

You feel so helpless you can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

You’ll find your way
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late

You’re so confuse
Wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

You’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him

Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah

Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way

Show me the way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way