Kamu Klik, Sofea suka :B

Sunday, December 12, 2010

Gotong-royong di Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin


Gambar-gambar ni aku curi dari facebook group untuk MASJID DATUK PENGIRAN HAJI MATUSIN.

Har har har harrrr!!!  (Evil laugh)  entah sape la tuan group tu.

Minta maaf je lah yer!

Sebenarnya, motif aku saja nak show off tentang kampung aku tercinta ni...

Orang-orang kampung yang sering bekerjasama dalam melakukan segala hal.

Korang ade???  Takde kan???

Kalau ada, diam-diam je.

Jangan panas bontot.



Ni penduduk yang sedang berusaha mengangkat beduk.
Beduk ni baru dibuat sebenarnya, and baru siap sekitar bulan November 2010.
Beduk ni sangat berat.
Kalah berat aku tauu....

Ni Pak Imam kampung kitorang, Tuan Haji Madon.
Masih tough biarpun dah berusia. 
Wiwitttt!



Ni kubah masjid.
Tapi bukan kubah masjid betul.
Kubah ni nak diletak kat gerbang jalan....
Hanya untuk sementara waktu je.

Kaum wanita tak ketinggalan. 
Ada tengok aku tak dalam gambar ni???
Cuba cari.
Ngeh ngeh ngeh...


See!  Dah senja hari pun warga kampung masih bergotong-royong!
Korang ade???  Takde kan???
Hehe...  Joke.






Btw,
gambar ini diambil di perkarangan masjid Datuk Pengiran Haji Matusin
di kampung tercintaku,
Kampung Dato' Kuala Lawas Sarawak, Malaysia.


Semoga hubungan erat warga kampung berkekalan dan dirahmati oleh Allah s.w.t.  Amin










P/S :  Aku takde pun dalam gambar tu...  Hahah!
Tapi aku terlibat sama dalam menjayakan gotong-royong terbabit!
Sila puji aku...




No comments: