Kamu Klik, Sofea suka :B

Wednesday, January 19, 2011

Kempen Mari Mengundi Roshidah ak Saging!

Gadis bernama Roshidah ak Saging ini merupakan satu-satunya dari jabatan Perdagangan yang turut serta bertanding untuk memenangi pilihan raya kampus Politeknik Mukah musim ini daripada 13 calon yang lain supaya dapat menyandang jawatan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

Berkarisma
Mengapa perlu mengundi beliau?  Adakah wajar dan berbaloi mengundi beliau?

YA, kita perlu mengundi beliau dengan wajar dan rasa berbaloi!  Hal ini demikian kerana beliau merupakan seorang yang sangat prihatin terhadap kebajikan pelajar Politeknik Mukah, komited terhadap tanggungjawab, sanggup menyuarakan suara pelajar di tempat yang sepatutnya, profesional dalam setiap tindakan, berketerampilan sebagai seorang pemimpin dan banyak lagi sebab-sebab lain yang melayakkan beliau untuk layak diundi.

Sebagai pelajar yang kadang-kadang ingin bersuara tentang sesuatu perkara tetapi tidak dihiraukan, inilah masanya untuk kita mengambil kesempatan supaya suara dan keinginan kita diketahui dan didengari semua orang!

Bagaimana?

Melalui bantuan kita semua sebagai pelajar yang bertauliah memilih pemimpin pelajar yang tepat dan betul!

Jika kita mengundi beliau dan beliau memenangi pilihan raya kampus untuk musim ini, kita sebagai pelajar akan mendapat banyak keuntungan seperti kebajikan kita terjaga, hak pelajar diperoleh, kerjasama yang lebih mudah dan lain-lain lagi.

Ini bukan sekadar pilihan raya kampus, bukan sekadar 'pangkah' dan masukkan dalam tabung undi!  Tapi ini untuk nasib kita sebagai pelajar yang kadangkala pernah kita rungutkan tentang sesuatu hal sebelum ini!

Jadi, apa lagi???  Dengan prinsip beliau "Life is a duty, complete it!", beliau dengan sepenuh hati rela menggalas tanggungjawab yang akan diberikan sekiranya memenangi pilihan raya yang hampir menjelang tiba!

Bak kata ahli falsafah, "Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia!"  Jangan kerana beliau seorang wanita, kemampuan beliau terbatas.  Tidak sama sekali.  Renung-renungkan.

Di sini, dilampirkan serba-sedikit tentang diri beliau:

Asal :  Bintulu, Sarawak
Umur :  19 tahun
Bangsa :  Iban
Agama :  Kristian
Institusi :  Politeknik Mukah Sarawak
Kursus :  Diploma Sains Kesetiausahaan
Pointer/PNM sem 1 :  3.56  HPNM :  3.56 / sem 2 :  3.74 HPNM :  3.64
Hobi :  Menari, menyanyi dan melayari internet.
Cita-cita :  Pegawai Kaunseling


Personaliti yang meyakinkan

Antara penyokong beliau.

Oleh itu, tunaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar dengan mengundi calon yang betul-betul layak untuk kebaikan bersama.

Good luck Roshidah!  We support you!

(^___^)

2 comments:

Teratakindah said...

teringat zaman belajar dulu kat PSA... saya dulu JPP jgk jawatan ketua exco kebudayaan..gile pangkat saya dulu..wahaha kenangan di politeknik shah alam...

Sofea Faudzi said...

m.nasri~ wow... Rlly?? Coolnya awk... Hihi. Bgus! At least ada bakat n ciri2 kpimpinan.