Kamu Klik, Sofea suka :B

Saturday, January 8, 2011

Kisah hari Sabtu 8 November 2011!

Bangun pagi, tengok jam pukul 9am.  Nasib hujung minggu.

Pergi bilik mandi nak cuci muka.  Buka paip, takda air.  OK.  Nampak baldi orang, curi segayung.  Terpaksa.

Lepak ngan roommate, sama-sama belum mandi.  Tengok jam pukul 11am.  Ambil towel and bakul sabun, pergi bilik mandi sekali lagi.  Tengok baldi berderet bersusun a.k.a berbaris macam kereta jem di jalan raya.  Pergi ambil baldi, letak baldi kat barisan belakang secara berhemah.  Sambil tunggu, pergi bilik jap, berdiri depan meja belajar, tengok kat memo kat dinding :
 'Jangan Lupa Buat Assigment Shorthand, unit 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21. + 10 alasan lewat masuk kelas dalam tulisan Shorthand'.

Jam 12pm, pergi mandi berbekalkan air sebaldi.  Takut air tak cukup, curi air orang segayung untuk cuci muka.  Kerja gila!

1pm, online.  Broadband aku....  Wahhhh!!!!  Lajunyaa......  siput!  Laptop lagging pulak tiba-tiba.

Offline dengan hati yang 'sebel', tengok Despicable Me yang entah ke berapa puluh kali dah tengok semata-mata nak tenangkan perasaan.  Plus, itu je lah latest movie aku ada.

Tengok katil sebelah, kosong...  Roommate pergi church.  Ah, sunyi sepi hidupku!

Tiba-tiba rindu nak tengok TV.  Tapi mana TV???

Tiba-tiba nak baca news paper, mana tempat berdekatan nak beli???

Tiba-tiba nak dengar radio kat handphone, ceyhh.....  No frequency available!!!

Tiba-tiba...  Perut lapar.  Tengok duit, tinggal 'kaler biru' 8 keping.  Oh, sungguh banyak!

Nak pergi ambil, ATM machine takda kat poli ni.

Makan???  Maggi macam biasa!

Tengok stok Maggi tinggal beberapa bungkus, call kawan suruh beli, kawan cakap pak guard rampas Maggi kalau bawa masuk dalam.  Oh, betul....  Baru aku ingat pengarah poli tak benarkan bawa Maggi masuk dalam!  Apa lagi makanan tapau!  Apa lagi KFC my favorite!  Sadis sadis oh sadisnya hidup!

Buka laptop balik, nak online...  OK dari sebelumnya, tapi harus bersabar kerana kadang-kadang kena 'reload page'.

...dan now, dengan jiwa yang sangat sabar...  Aku luahkan perasaan yang sangat kacau ni!  Sungguh bahagia belajar di Polimu dan hidup di bumi Mukah!

Terima kasih kerana aku masih hidup dengan semua ni!

apa kaitan gambar ni...???


-semua jadi bengong-

No comments: