Kamu Klik, Sofea suka :B

Wednesday, January 12, 2011

Hidupku Yang Sempurna!

Hidup yang bahagia...


Aku baru je balik dari Venice, Italy.  Memang tempat yang paling best di dunia!  Ok.  Cukup untuk Venice.
Nanti ada yang naik meter.
Ubah topik...



Ini gambar x-boyfriend aku
saudagar minyak dari Qatar.
Nama panggilan Abdullah.
Dia sangat baik dan alim,
tapi aku putuskan dia kerana dia berniat
nak kawen lebih daripada satu.
(=_=)
Bukan tak rela berkongsi laki,
tapi tak rela berkongsi harta.
Btw aku tak kesah...





Ini x-boyfriend aku juga, dari U.S.A.
Namanya James Hudson.
Kerja sebagai model antarabangsa.
Aku putuskan dia kerana nak bagi peluang kat
Naomi Campbell.
Dalam diam Naomi mencintai sepenuh hati
kat dia.
Aku rela berkorban dan merasa bahagia dengan
pengorbanan itu.




Kenal tak ni sapa?
Haa... Jangan jeles.  Jun Pyo ni
pun x-boyfriend aku.
Aku putuskan dia sebab Jan Di ugut nak bunuh diri kalau Jun Pyo tak kawen ngan dia.
Adik aku pun tak rela tengok aku bersama dengan Jun Pyo, sebab dalam diam dia menaruh hati kat boyfriend kakaknya ni. (=_=)
Pastu, untuk kebaikan bersama,
aku bagi Jun Pyo free macam tu je kat
Jan Di.
Gambar ni diambil ketika aku buat keputusan nak putuskan dia.  Memang dia bengang dan sedih.  Sob sob...  Maafkan aku Jun Pyo.





Ta daaa...  Akhirnya, setelah bersilih ganti bertukar pacar, inilah lelaki pilihan dunia dan akhirat.
Maher Zain.
Inilah suamiku tercinta, yang amat mencintaiku.
Dia taknak media tau siapa aku kerana dia takut aku dirampas orang.
Aku memang sayang Maher.
Setiap malam dia nyanyi lagu untuk aku.
Oh Maher...  I love you.





Ini rumah aku.
Rumah ni hadiah perkahwinan Maher untuk aku.
Untung aku kan...




Ini limosin aku...  Hummer.
Limo Hummer ni aku guna kalau nak pergi majlis-majlis formal.




Ini kereta Porsche aku.
Gambar ni aku dapat dari paparazzi yang sedang mengekori
aku.  Tapi takpa, yang penting muka aku tak nampak tengah driving dalam tu.
Hohohoh!!!




Ini BMW aku.
Baru beli, percuma driver kat tepi tu.
Terima kasih BMW!
Aku tau aku ni pelanggan setia korang.
Thank you!




dan ini...  Coming soon.
Maher cakap, dia akan belikan Ferrari ni
lepas dia buat konsert kat Stadium Malawati Malaysia.
Oh...  Maher.  I love you more dear.
Ngee... (^___^)




Ni...  Outlet kegemaran aku.
Tempat shopping rasmi aku hampir setiap bulan.
Arrr...




Ini putera pertama kami, Muhammad Adam.
Comel kan... :)
Korang ade..???
Takde kannn...???
Opss... Jangan marah-marah.

Ini pulak, tahun depan insyaAllah.
Kami akan menunaikan haji bersama-sama.
Nak bawa Adam pergi menunaikan haji sama.

dan ini pula gambar aku terbaru.
Hehe...
Sekarang aku bepurdah.
Maher yang suruh...
Ngeee...
(^___^)V
I love to be like this.



............................
Alangkah indah kalau angan itu nyata belaka.

(=_=)


Ya Allah, berikanlah aku kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.
Amin...




See yah ;P

No comments: