Kamu Klik, Sofea suka :B

Sunday, August 28, 2011

Aku kata - raya biar ala kadar. Tapi kenapa fulus manyak keluar?

Aku kata, raya tahun ni ala kadar je.  Alasan, takde bajet.  Ke nak save bajet sebenarnya?  Sungguh, memang ala kadar.


Tahun ni, tidak seperti raya sebelumnya.  Kalau sebelum-sebelum ni, baju kurung 4-5 pasang tu memang tak lari.  Kasut 3-4 pasang pun confirm dan memang kemestian.  Lain-lain, semua serba baru.  Kadang-kadang sampai terfikir, ni perayaan nak bertemu sanak saudara and bermaafan ke raya nak show off?  Nauzubillah, jauhkan aku daripada sifat riak.  Cuma itu yang terjadi kepada aku, tapi tanpa sifat riak.  Tak disengajakan OK.


OK.  Tahun ni pulak, baju kurung aku beli yang ready made cuma sepasang je.  Tapi mama cakap ada jugak baju kurung aku yang di hantar ke kedai tukang jahit dah siap kat rumah, tapi sepasang je lah.  Maksudnya, raya ni cuma ada 2 pasang baju kurung je.  Baju kurung yang aku beli tu colour ungu.  Purple.  And NO NEW SHOES!  Oh my Gucci! :')


Actually, tahun ni dalam sejarah kerana barang persiapan untuk raya memang ala kadar giler.  And paling bersejarah lagi bila my mama langsung tak beri duit belanja raya!  Oh my Gucci lagi! :')  Yelah, belum bekerja tapi duit raya tak diberi.  Huhuh!  Nasib time raya ni aku ada duit sendiri...  Maksudnya, ada rezeki lainlah.  Alhamdulillah.  Takpe lah, maybe mama sendiri out of budget.  Huhuhu.


Tapi kan...


Boleh ke cakap ala kadar kalau harga baju kurung tu aku beli dengan harga rm179.90...  And lepas tu, aku ada pegi shopping sikit... beli Levi's.  Harga rm254.00.  Pastu aku gi salon lagi, buang rm258.00.  Pastu aku gi beli baju kat F.O.S (bukan untuk raya) bernilai rm168.90.  Pastu aku pergi beli lagi baju POLO, and lain-lain lagi.  Taknak detail giler, bukan nak show off.  Cuma nak beri gambaran.  Huhuhu.


Kalau aku buang duit macam tu je, mengalir laju keluar macam air bila lah agaknye aku nak beli Nikon Lens 50 mm 1.8.  Hari tu aku tengok kat Kedai Fotomat Centre Point, harga rm800 lebih something nak dekat rm900 jugak lah.  Selalu sangat buang duit, asal ade duit je memang tak lama kat tangan :(


ps :  lepas ni aku nak buat penjimatan terhebat dalam hidup.  Bekukan segala aset yang ada.  Duit untuk makan je!  Ye!  Mesti!  (boleh ke???)  I'll try!  --'



No comments: